Selasa, 14 Ogos 2012

Selasa, 31 Julai 2012

SELAMAT DATANG


Kamsis Politeknik Sultan Azlan Shah telah mula beroperasi pada 10 JUN 2003. Mempunyai 6 blok asrama terdiri daripada 3 blok pelajar perempuan iaitu V1,V5,V6 dan 3 blok lelaki iaitu V2,V3,V4. Setiap blok mempunyai 117 bilik yang boleh memuatkan 234 orang penghuni. Setiap bilik pula diisikan dengan 2 orang penghuni. 

Kapasiti keseluruhan Kamsis dapat menampung seramai 1404 orang pelajar yang dapat menginap bagi setiap kali seisi pengambilan pelajar yang diadakan 2 kali setahun. Kamsis Politeknik Sultan Azlan Shah diletakkan di bawah 2 pengurusan yang terdiri daripada:

WARDEN ASRAMA. 
  • Bertanggungjawab ke atas disiplin dan keselamatan serta kebajikan setiap pelajar. Mengadakan aktiviti serta program yang berfaedah bagi menambah ilmu pengetahuan dan membina akhlak pelajar untuk melahirkan pelajar yang cemerlang, berilmu dan berakhlak mulia.

PENYELIA ASRAMA. 
  • Bertanggungjawab kepada pentadbiran asrama, keselamatan bangunan kamsis serta kelengkapan peralatan di tempat tinggal pelajar. Pengawasan penyediaan makanan serta keseluruhan kebersihan persekitaran kawasan Kafeteria. Bertanggungjawab kepada kebersihan tempat tinggal pelajar dan bilik-bilik mandi serta kebersihan dan keceriaan kawasan asrama.


Asrama menjanjikan ketenangan di dalam menghadapi pelajaran. Bebas dari hiruk pikuk kenderaan. Suasana damai ini membolehkan pelajar mengulangkaji pelajaran dan membuat tugasan dengan selesa dan penuh perhatian.

Kehidupan di asrama lebih bersih dan terjamin dari segi keselamatan. Ini adalah kerana ia dilengkapi dengan pekerja kebersihan dan keselamatan.

Lokasi asrama yang hampir dengan kawasan akademik juga membolehkan pelajar pergi ke kuliah dengan mudah dan cepat. Tidak perlu kenderaan dan jimat kos.

 KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN DI ASRAMA. 

Terdapat banyak kemudahan yang disediakan di asrama diantaranya:
+Sebuah Kafeteria yang lengkap dan selesa berhampiran dengan Kamsis pelajar.
+Pusat Islam untuk pelajar Islam berjemaah dan juga Unit Program Ilmiah dan Kerohanian.
+Gelanggang Sukan yang berhampiran dengan blok asrama untuk pelajar beriadah.
+Setiap aras blok disediakan bilik Rekreasi (untuk berehat dan menonton TV), bilik belajar, bilik menggosok pakaian, bilik mandi, bilik mencuci pakaian dan bilik stor.


UNIT KAMSIS
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH


LATARBELAKANG

Kamsis ( asrama ) Politeknik Sultan Azlan Shah menyediakan kemudahan penempatan bagi pelajar – pelajar PSAS amnya dengan memberi tumpuan untuk menyediakan tempat tinggal kepada pelajar – pelajar baru khususnya sepanjang mengikuti pengajian di Politeknik Sultan Azlan Shah.

Kamsis ( Kampung Siswa ) PSAS yang berkapasiti 1404 menawarkan pelbagai kemudahan kepada para penghuninya seperti:


      I.        Bilik berdua
     II.        Bilik bertiga
    III.        Bilik rehat dan tonton
    IV.        Pantry
     V.        Bilik Membasuh yang dilengkapi mesin basuh berbayar
    VI.        Gelanggang Permainan
   VII.        Kafetaria
  VIII.        Pusat Islam
    IX.        Klinik Kamsis

Terdiri daripada 6 blok asrama yang terbahagi kepada 3 blok siswa ( V1, V5 dan V6 ) dan 3 blok siswi ( V2, V3 dan V4 ), kemudahan kamsis ini bermatlamat untuk :

·         Memberi kemudahan tempat tinggal kepada pelajar baru dan yang datang dari kawasan luar serta tidak berkemampuan dari segi kewangan. 
·         Menjaga keselamatan pelajar daripada masalah sosial seperti melakukan perbuatan yang luar daripada pandangan dan kawalan ibubapa. 
·         Melatih pelajar mendisiplinkan diri dari segi mental dan fizikal serta menyemaikan sikap berdikari dan bertolak ansur. 


PENGURUSAN KAMSIS 

Penasihat                             : Puan Hjh. Rusmina bt. Ismail
                                             Pengarah PSAS

Pengerusi                             : En. Yaakob b. Hasrat
                                              Timbalan Pengarah ( Sokongan ) Akademik PSAS

Pengetua Asrama               : Puan Ezatul Marini bt. Mohd. Ghazali

Ketua Warden                      : Ustaz Mior Iskandar b. Mior Azizan

Pen. Ketua Warden             : Y.M Tengku Azmie b. Raja Hassan

Warden – warden                :

1.    En. Nahar Effendi b. Shaari
2.    En. Mohmad Nazri b. Mahboob
3.    En. Mohd. Erfan b. Daud
4.    En. Abu Hashim b. Saad
5.    Ustaz Muhamad Amin b. Hasan
6.    En. Mohd. Ajmain b. Abd. Wahab
7.    En. Zulkifli b. Shamsuddin
8.    En. Nordin b. Nayan
9.    En. Mohd. Fadzli b. Ahmad
10.  En. Kamarul Azhar b. Mat Zan
11.  En. Mohd. Borhan b. Yusof
12.  Pn. Hasnina bt. Hj. Abd. Rahman
13.  Pn. Noor Azilla bt. Mohd. Noor
14.  Pn. Fauziah bt. Aarif
15.  Cik Nurul Alnor bt. Mohd. Nasaer
16.  Cik Nazirah bt. Ahmad
17.  Pn. Zakiah bt. Aksah
18.  Pn. Fauziah bt. Aziz
19.  Pn. Noormala bt. Abdullah
20.  Pn. Salmi bt. Mat Jinal
21.  Pn. Salasiah bt. Jarkawi
22.  Cik Rohaida bt. Ismail
23.  Pn. Norhayati bt. Jamil
24.  Cik Nor Rahimy bt. Khalid
25.  Pn. Thivviyah a/p Sanmugam



PERKARA – PERKARA YANG PERLU DI AMBIL TINDAKAN OLEH PENGHUNI KAMSIS

SEMASA PENDAFTARAN
i.    Mendaftar di blok – blok kamsis
ii.   Menyerahkan sesalinan slip pembayaran bank / surat tajaan di kaunter pendaftaran
iii.   Menerima kunci, catat tarikh dan menandatangani daftar masuk kamsis

SEPANJANG DI KAMSIS

i.    Menerima kad keluar harian / kad keluar bermalam dan kad aktiviti
ii.   Mendapatkan kebenaran felo bagi tujuan bermalam di luar kamsis
iii.  Meninggalkan kad keluar harian / kad keluar bermalam setiap kali meninggalkan PSAS

PERKARA – PERKARA PENTING :
i.    Menerima borang maklumat penghuni 
      isi dan kembalikan kepada Unit Kamsis

ii.   Mendaftarkan peralatan elektrik 

- Komputer Peribadi
- Komputer riba
- Seterika
- Telephone Charger
- Printer 

iii.  Menerima borang senarai inventori bilik 

: isi maklumat dengan lengkap
: periksa dan pastikan keadaan barangan dan peralatan dalam bilik
: kembalikan ke Unit Kamsis

iv.   Sekiranya terdapat sebarang kerosakan pada peralatan / kemudahan – buat laporan di Pejabat Penyelia ( isi borang laporan kerosakan ) 
v.    Sentiasa memastikan semua kelengkapan bilik adalah mencukupi. – denda akan dikenakan 
vi.   Tidak boleh sama sekali memberi tumpang bilik kepada orang lain
vii.  Tidak boleh mengalihkan peralatan dalam bilik 
viii. Dilarang bertukar bilik tanpa kebenaran 
ix.   Mematuhi waktu melawat yang telah ditetapkan
Hari Kuliah – 4.00 hingga 7.00 petang
Cuti        - 8.00 pg hingga 7.00 malam 
x.    Tetamu tidak dibenarkan memasuki kawasan kamsis


PENGHUNI KAMSIS ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MEMBAWA KENDERAAN KE KAMPUS 
KESELAMATAN BARANGAN DAN PERALATAN ADALAH TANGGUNGJAWAB PENGHUNI SENDIRI